
Cara halau lipas yang tidak merbahayakan alam sekitar. Lipas adalah antara serangga perosak yang biasanya mudah ditemui di rumah. Ianya bukan sahaja mengganggu tetapi juga mampu mengudang risiko yang sangat bahaya kepada kesihatan manusia.
Walaupun penggunaan racun serangga membantu menyelesaikan masalah perosak dengan cepat. Tetapi ada alternatif lain yang lebih selamat dan mesra alam. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi 8 cara berkesan untuk menghalau lipas tanpa menggunakan bahan-bahan merbahaya seperti racun kimia.
1. Gunakan Minyak Esensial (Seperti Peppermint atau Lavender)
Minyak esensial seperti peppermint atau lavender adalah ubat penghalau lipas yang selamat. Ini kerana baunya yang kuat membuatkan lipas tidak suka dengan aromanya. Cara gunanya sangat mudah, tambahkan beberapa titis minyak esensial ke dalam air, lalu goncangkan sehingga sebati dan semburkan pada kawasan yang sering dilalui lipas.

Tip: Campurkan 10-15 titis minyak esensial dalam botol semburan dengan air yang secukupnya. Semburkan di sudut-sudut dapur, bawah sinki, dan tempat-tempat gelap yang sering menjadi tempat perlindungan atau persembunyian lipas.
2. Gunakan Daun Salam

Daun salam (laurel leaves) juga dapat membantu menghalau lipas. Serangga ini tidak suka bau daun salam, dan ia adalah alternatif semulajadi yang sangat berkesan. Cukup letakkan beberapa daun salam di kawasan yang sering dilalui lipas. Dalam bahasa inggeris daun salam di kenali dengan "Bay Leaf".
3. Bawang Putih & Bawang Merah

Bawang putih dan bawang merah adalah bahan semulajadi yang mempunyai bau yang sangat kuat dan tidak disukai oleh lipas. Cincang bawang putih atau bawang merah dan letakkan di tempat-tempat yang terdapat lipas.
4. Guna Baking Soda dan Gula
Campuran baking soda dan gula adalah salah satu cara mudah dan murah untuk halau lipas dari rumah. Gula adalah bahan penarik minat lipas, manakala baking soda pula boleh menyebabkan masalah pada sistem pencernaannya.

Cara: Campurkan satu bahagian baking soda dan satu lagi untuk bahagian gula. Letakkan di kawasan yang sering dilalui lipas. Lipas akan tertarik dan memakan campuran ini. Kesannya akan menyebabkannya mati dengan segera.
5. Menjaga Kebersihan

Lipas sering mencari makanan dan air. Dengan memastikan rumah sentiasa bersih dan bebas dari sisa makanan. Ini dapat mengurangkan kemungkinan lipas datang ke rumah. Pastikan peralatan yang digunakan di dapur dan tempat makan sentiasa disapu dan dibersihkan untuk mengelakkan lipas mengutip sisa makanan yang tersisa.
6. Menutup Semua Lubang & Retakan

Lipas boleh memasuki rumah melalui lubang kecil dan retakan di dinding atau lantai. Periksa dan pastikan tiada laluan terbuka bagi lipas untuk masuk. Gunakan silikon atau sealant untuk menutup sebarang lubang yang ada.
7. Gunakan Cuka Putih

Cuka putih adalah bahan yang sering digunakan dalam pembersihan rumah. Namun ia juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Semburkan campuran cuka dan air di kawasan yang sering dilalui lipas, seperti bawah sinki atau di sekitar tong sampah.
8. Pasang Pelekat Lipas untuk Tangkap Lipas

Sekiranya lipas masih datang, kamu boleh mencuba pelekat lipas. Pelekat ini tidak menggunakan bahan kimia berbahaya, tetapi ia berkesan untuk menangkap lipas yang cuba masuk ke rumah.
Kesimpulan
Petua dan cara halau lipas tanpa menggunakan racun kimia bukan sahaja lebih selamat, tetapi juga mesra alam. Dengan mengikuti beberapa tips semulajadi ini, anda boleh mengurangkan kehadiran lipas di rumah dan memastikan persekitaran rumah yang lebih bersih dan sihat. Cuba tips di atas dan lihat hasilnya!
Ulasan
Catat Ulasan